Friday, June 13, 2008

jangan cadang caj PTPTN dikurang tapi dimansuhkan..

Baru2 ni aragorn ada pegi ke Putrajaya international Convention center(PICC) sebab menghadiri pelancaran Pelan Transformasi Pengajian Tinggi oleh YB Khalid Nordin..sj je pg tengok tranformasi baru yg YB nk buat bg memantapkn semua institusi tinggi malaysia...
pelancaran siap dgn presentation multimedia nmpak gah sekali...
kemudiannya dalam ucapan YB, umum caj PTPTN akan dikurangkan.
itu tindakan yg bgs tuk kementerian YB dan juga reputasi YB tp nk buat pa dikurangkan mansuhkan sj terus....

kalau mansuh senang skit budak2 university ni...xde la menderita sgt

ni berita yg aragorn amik dalam media arus perdana:

Pengurangan boleh ringan beban 1.14 juta peminjam berikutan kenaikan minyak, barang keperluan PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kerajaan mengurangkan kadar caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meringankan beban 1.14 juta peminjam berikutan kenaikan minyak dan barang keperluan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata beliau akan membentangkan kertas cadangan yang kini pada peringkat akhir penyediaan pada mesyuarat Kabinet minggu depan. "Apa yang pasti, caj perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan tetapi diturunkan dan jika cadangan kementerian dipersetujui Kabinet, kadar caj baru akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya selepas melancarkan Pelan Transformasi kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.
Hadir sama, dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Dr Hou Kok Chung; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Zulkefli A Hassan; dan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi. Difahamkan, kementerian akan mengemukakan cadangan penurunan kadar caj perkhidmatan 50 peratus kepada hanya 1.5 peratus, iaitu pengurangan 2.5 peratus berbanding empat peratus ketika pinjaman PTPTN diperkenalkan pada 1997.


YB fikirkan untuk mansuhkan... jangan asyik kurangkan ja...

minyak naik banyak harga barg naik melambung ...

apakata YB mansuhkan ja.....xde la students ni yang berhempas pulas berjihat kecil ni tersiksa bila habis blajar....

klau YB xnak mansuhkan PTPTN, ubahkan PTPTN jadi biasiswa konfirm YB akan dikenang sebagai hero kepada 1.14 juta peminjam PTPTN....
cuba la YB...ini baru TRANFORMASI....jelas tu..

No comments: