Monday, June 2, 2008

PM umum keputusan penstrukturan baru subsidi bahan api esok( erti kata lain harga minyak naik lagi...)


KUALA LUMPUR: Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan. Ketika membayangkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penstrukturan mekanisme baru skim subsidi bahan api itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan akan diputuskan Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi.

"Ia akan berlaku dan mungkin pada Ogos ini. Kita akan menggunakan masa dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diminta mengulas kenyataan Shahrir itu berkata, keputusan muktamad mengenai perkara berkaitan subsidi bahan api akan diumumkan esok. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kelapan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Bank Negara Malaysia petang semalam, Abdullah berkata Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi akan bermesyuarat hari ini bagi memuktamadkan pelbagai cadangan untuk pertimbangan akhir mesyuarat jemaah menteri.
"Kita mahu memastikan apa juga keputusan yang akan dibuat adalah terbaik untuk rakyat," katanya. Beliau berkata, kerajaan juga mahu langkah yang akan diumumkan itu nanti berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak spekulasi. Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pengumuman itu sepatutnya dibuat Jumaat lalu, tetapi tidak dapat dilakukan berikutan beberapa menteri tidak dapat menghadiri mesyuarat Kabinet kerana menghadiri persidangan di luar negara. Mengenai kenyataan Shahrir yang membayangkan harga petrol dan diesel akan naik mulai Ogos ini, Perdana Menteri berkata:
"Dia (Shahrir) kata ia satu kemungkinan. Apapun keputusan muktamad berkaitan subsidi dan minyak akan diumum Rabu ini (esok)," katanya.


petikan kat atas ni aragorn amik kt berita harian...

berita sahih dari PM kita dgn menterinya...

apa cerita ni???

baru pegang kerajaan 2 bulan harga minyak naik lg...

betul la apa yg anuar ibrahim cakap waktu black 14 menag je barisan nasiional harga minyak naik.memag anuar ibrahim x bohong la kan...sapa yg bohong kalau mcm tu. kalau ikut Tun M or cet det Pak Lah bohong...nampaknya kerajaan Malaysia betul x penah sedar kesilapan lalu...nk kena ajar dengan pa lg pn taktau la...

kesian rakyat Malaysia kena tanggung beban lagi xhabis pasai beras la ni minyak plak..

kos hidup dah tinggi skang tapi gaji di takuk lama lg.kesian la kat orang yg berpendapatan rendah.sama macam aragorn ni....lepas ni aragorn kena ikat perut la skit nasi kena kurang makan dari 2 kali jadi 1 kali sehari...kena sep minyak skit la xleh jalan jauh lg nnti guna minyak banyak...hai BN barang naik lagi...Baru Naik..

No comments: