Wednesday, June 4, 2008

kenaikan Harga Minyak...kenapa???

statistik harga minyak malaysia

PM Dollah Badawi siang tadi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 12 tengah malam ini. Petrol naik 40% dari RM1.92 seliter sekarang ke RM2.70 iaitu naik RM0.78 sen seliter. Diesel pula naik RM1.00 seliter dari RM1.58 ke RM2.58 seliter. ini dah masuk kali ketujuh hargal bahan bakar dinaikan semenjak PM kita yg kelima ni pegang tampuk pemerintahan. ni tengok statistik kenaikan harga minyak...

menurut Utusan Online

''PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.
Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.
Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

tanpa bahas dalam parlimen seorang Perdana Menteri boleh menaikan kadar tarif minyak...

menurut harakahdaily

''KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Harga minyak mungkin tidak perlu dinaikkan jika kerajaan mengambil sikap terbuka dan membincangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menggesa kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak yang diumumkannya semalam dan membincangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
"Walaupun kenaikan harga minyak berada dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi oleh kerana kenaikan berskala besar kali ini pasti akan memberi kesan yang menindas kehidupan rakyat, ia hendaklah ditarik balik atau sekurang-kurangnya ditangguhkan sehingga perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak dibuat," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kenaikan harga yang sebegitu kejam terhadap rakyat tidak patut dibuat secara tergesa-gesa tanpa perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak termasuk membentangkannya di Parlimen.
"Saya yakin, jika kerajaan membentangkan perkara ini di Parlimen terlebih dahulu, kesemua wakil rakyat boleh memberikan pelbagai pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan.
"Malah, mungkin harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan pelbagai pandangan yang diberikan," katanya.
Mahfuz bimbang kenaikan harga sehingga 78 sen bagi minyak petrol dan RM1 bagi minyak diesel kali ini akan menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. ''


ni keadaan di petronas kg Baru
sepatutnya kerajaan @ PM mempertimbangkan hal ehwal rakat bukan naik serta merta. Kerajaan tidak memberi apa signal awal kepada rakyat tuk bersedia menghadapi kadar kenaikan. keadaan ini telah menyebabkan keadaan panik dan kucar kacir.

Aragorn pn sama kucar kacir gak...isi minyak kt petronas giant batu cave panjang yg amat..
siap ada kereta rosak sbb lama beratur...semua orang berpusu2 isi minyak harga asal...

apalah salah rakyat Malaysia kene sebegini dugaan... baru aja terima kenaikan harga beras ni datang pulak lonjakan mendadak kadar harga minyak...lepas ni tarif elektrik pulak...
lg 1 aragorn mintak tolong sangat la kt arus media perdana jgn la tipu rakyat dengan fakta2 yg x masuk akal.bandingkan harga negara tercinta ni dengan harga negara bukan pengeluar minyak macam singapore tu memang la tinggi....banding la dengan negara yg sesuai baru masuk akal..
ni aragorn bagi perbezaan harga di malaysia sebelum kenaikan dengan negara2 pengeluar minyak
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
-Malaysia RM1.92
-Iran RM0.29
-Venezuela RM0.16
-Turkemenistan RM0.39
-Arab Saudi RM0.19
-Mesir RM0.81

apalah salah rakyat Malaysia...
astaghfirullah hal azimm... apa nk jadi Malaysia ni..kos sara diri dh naik tapi gaji di takuk lama.
lagi kesian para pelajar universiti blajar perlu kn duit, jalan g kelas pn kene guna minyak, balik makan nasi lagi...dulu 3 kali sekarang 1 ja.. pelajar ni bukanya bergaji lagi...klau dh grad and kerja sekali pn kene bayar hutang pnjaman. letih la macam ni...mana nk cari duit???


''Ya Allah kami mohon pada mu semoga Engkau selamatkn lah negeri kami ini dari malapetaka dan bencana...beri la pedoman Mu kepada para pemimpin& pembesar kami supaya sedar akan tanggung jawab yg telah Engkau amanahkan...supaya kami dibawah ini tidak teraniaya dan dizalimi...Engkau sajalah harapan Abadi kami yg dapat merubah segalanya...amiinnnn''

1 comment:

nurufarhina said...

lihat pada statistik tu, negara kita kaya sungguh..tapi mana hilang perginya duit cukai rakyat selama ni?